Halaman Utama

Saturday, March 10, 2012

Cuepacs mahu gred Kumpulan Teknikal, Pertanian dikekal

Cuepacs mahu gred Kumpulan Teknikal, Pertanian dikekal

KUALA LUMPUR - Cuepacs mahu gred kira-kira 70,000 penjawat awam dalam kumpulan teknikal, sains dan pertanian, yang dinaik taraf di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), dikekalkan walaupun skim itu telah dibatalkan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana tuntutan kenaikan gred kumpulan itu, yang melibatkan jawatan juruteknik, pembantu pertanian, pembantu
veterinar serta pembantu renjer hutan, telah dilakukan kira-kira 15 tahun lepas dan hanya dilaksanakan selepas SBPA diperkenalkan.
Beliau berkata, di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), jawatan juruteknik adalah mengikut Gred J17 manakala pembantu pertanian dan renjer hutan pula G17.
"Saya minta mereka jangan bimbang. Gred yang telah dinaik taraf kita hendak kekalkan. Macam juruteknik ada 45,000 orang, renjer dan pembantu pertanian ada
25,000.
"Kita hendak mereka dikekalkan di bawah penambahbaikan SSM. Kita tidak mahu mereka diturunkan gred sebab perkara tuntutan ini sudah lama dibuat," katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Cuepacs hari ini.
Omar berkata selepas pelaksanaan SBPA, jawatan juruteknik Gred J17 dinaik taraf kepada Gred J27 manakala jawatan pembantu pertanian dan renjer hutan Gred
G17 dinaik taraf kepada Gred G27.
Beliau berkata Cuepacs akan mengajukan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara pada pertemuan yang dijadual diadakan minggu depan.
Selain itu, katanya, Cuepacs meminta jawatan yang dijumudkan di bawah kelayakan Penilaian Menengah Rendah dikekalkan dan bagi yang tidak cukup syarat,
dikecualikan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan SBPA, dan SSM akan ditambah baik.
Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54,
dan sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.
Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.
Terdahulu, anggota gabungan Cuepacs iaitu Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung tidak bersetuju dengan pemansuhan SBPA.
Setiausaha Agungnya, Samuel Devadasan berkata pendirian Cuepacs selama ini adalah untuk menamatkan SSM bagi mewujudkan sistem gaji lebih baik kepada
anggota sektor awam.
"MTSU kecewa apabila SBPA dibatalkan manakala SSM dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan," katanya yang menyifatkan SBPA memberi semangat serta nafas baru
kepada anggota sektor awam.
"MTSU harap agar SBPA dapat dilaksanakan manakala SSM dibatalkan," katanya. - Bernama

Link untuk sumber ini


Cuepacs Minta Gred Dua Kumpulan Bawah SPBA Dikekalkan




KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Jumaat meminta supaya gred penjawat awam bagi kumpulan teknikal dan pelaksana dua dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, gred kumpulan yang sudah dinaik taraf itu perlu diserap terus ke dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pemansuhan SBPA.
“Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti juruteknik (dari gred J17 ke J27), pembantu renjer hutan, pembantu pertanian, pembantu veterinar (dari G17 ke G27).

0 comments:

Post a Comment