Halaman Utama

Featured Posts

Monday, June 11, 2012

minta tolong Kawan2 cari  kereta yang  Bernombor Plat KBG 9342 yang hilang kelmarin di Tesco Mergong Alor star pada 11/06/2012 pada jam 5.00 petang hingga 7.30 petang. berkemungkinan Plat dah tukar .Report Polis telah dibuat selepas kejadian berlaku.disyaki kereta ini berada sempadan durian burung ,area alor star atau jalan langgar.tolong share boleh sama2 bantu kawan ini yang dalam kesusahan.tolong inform pada balai polis sekiranya melihat kereta ini yang baru dibeli 7 bulan yg lepas...atau kepada no telifonh ini :0174247953(shatir)

Saturday, March 10, 2012

Cuepacs mahu gred Kumpulan Teknikal, Pertanian dikekal

Cuepacs mahu gred Kumpulan Teknikal, Pertanian dikekal

KUALA LUMPUR - Cuepacs mahu gred kira-kira 70,000 penjawat awam dalam kumpulan teknikal, sains dan pertanian, yang dinaik taraf di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), dikekalkan walaupun skim itu telah dibatalkan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana tuntutan kenaikan gred kumpulan itu, yang melibatkan jawatan juruteknik, pembantu pertanian, pembantu
veterinar serta pembantu renjer hutan, telah dilakukan kira-kira 15 tahun lepas dan hanya dilaksanakan selepas SBPA diperkenalkan.
Beliau berkata, di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), jawatan juruteknik adalah mengikut Gred J17 manakala pembantu pertanian dan renjer hutan pula G17.
"Saya minta mereka jangan bimbang. Gred yang telah dinaik taraf kita hendak kekalkan. Macam juruteknik ada 45,000 orang, renjer dan pembantu pertanian ada
25,000.
"Kita hendak mereka dikekalkan di bawah penambahbaikan SSM. Kita tidak mahu mereka diturunkan gred sebab perkara tuntutan ini sudah lama dibuat," katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Cuepacs hari ini.
Omar berkata selepas pelaksanaan SBPA, jawatan juruteknik Gred J17 dinaik taraf kepada Gred J27 manakala jawatan pembantu pertanian dan renjer hutan Gred
G17 dinaik taraf kepada Gred G27.
Beliau berkata Cuepacs akan mengajukan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara pada pertemuan yang dijadual diadakan minggu depan.
Selain itu, katanya, Cuepacs meminta jawatan yang dijumudkan di bawah kelayakan Penilaian Menengah Rendah dikekalkan dan bagi yang tidak cukup syarat,
dikecualikan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan SBPA, dan SSM akan ditambah baik.
Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54,
dan sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.
Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.
Terdahulu, anggota gabungan Cuepacs iaitu Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung tidak bersetuju dengan pemansuhan SBPA.
Setiausaha Agungnya, Samuel Devadasan berkata pendirian Cuepacs selama ini adalah untuk menamatkan SSM bagi mewujudkan sistem gaji lebih baik kepada
anggota sektor awam.
"MTSU kecewa apabila SBPA dibatalkan manakala SSM dikekalkan dengan sedikit penambahbaikan," katanya yang menyifatkan SBPA memberi semangat serta nafas baru
kepada anggota sektor awam.
"MTSU harap agar SBPA dapat dilaksanakan manakala SSM dibatalkan," katanya. - Bernama

Link untuk sumber ini


Cuepacs Minta Gred Dua Kumpulan Bawah SPBA Dikekalkan




KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Jumaat meminta supaya gred penjawat awam bagi kumpulan teknikal dan pelaksana dua dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, gred kumpulan yang sudah dinaik taraf itu perlu diserap terus ke dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pemansuhan SBPA.
“Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti juruteknik (dari gred J17 ke J27), pembantu renjer hutan, pembantu pertanian, pembantu veterinar (dari G17 ke G27).

Sunday, March 4, 2012

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012


Media Cuepacs
2/3/2012


Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak

Tuesday, February 21, 2012

Terlupa Password Admin Win 7?????

Unfortunately, there are a lot of ways you can lose access to your Windows logon account, one being simple forgetting the password. This happens ways more often than you would think!

But in reality, there are several ways you can end up losing access to an administrator account, including

  1. Setting a new password for an Administrator account and then forgetting the password.
  2. Deleting an Administrator account and not being able to log into another one.
  3. Changing an Administrator account to a standard user account and not being able to log into another Administrator account
  4. Windows 7 or Vista becoming corrupted and not accepting a correct password

I previously wrote an article on how to recover a lost Windows password using several third-party tools, but if that doesn’t work, you can try to gain access to the account using System Restore.

Note that in order for this to work, System Restore had to be enabled and there has to be a restore point that was created before you lost access.

To get started, pop in the Windows 7 or Vista DVD into your drive and restart the computer. Press a key when you get the Press any key to boot from CD or DVD.

boot from dvd windows 7

If you don’t have a Windows 7 or Vista disc, you have to boot into the Advanced Boot Options screen and then choose Repair your computer.

windows 7 lost password

Choose the Language, Time and current format, and keyboard. Then click Next. If you booted from the DVD, you’ll see the Repair your computer link at this step.

windows 7 repair computer

Now choose the operating system you want to repair. Then click Next.

repair windows 7

Now click the System Restore link and find a restore point that you want to use.

lost administrator password vista 7

Make sure to pick a restore point that is sufficiently past the date when you lost access to your Administrator account. Restart your computer and see if you can log in.

If you’ve managed to recover access to your Administrator account, you should think about creating a set of password recovery disks for Windows Vista or 7. So even if you forget the Administrator password, you can regain access using the disks. Enjoy!

Thursday, February 16, 2012

Melajukan Broadband tahap MAKSIMA!!!!!!!!!!











langkah 1

Sambung Broadband ke komputer anda dan buat connection seperti biasa. Apa yang perlu anda tahu ialah IP Adress untuk Broadband anda. Untuk memudahkan anda, klik sini untuk check IP Address anda — http://www.whatismyip.com/

(PERHATIAN : IP BROADBAND INI SENTIASA BERUBAH-UBAH MENGIKUT TEMPAT, MASA DAN KEADAAN. JADI, SETIAP KALI ANDA SAMBUNG BROADBAND ANDA, ANDA KENA PASTIKAN IP ADDRESS ANDA DAHULU)

Langkah 2

Setelah anda dapat IP Address anda, buka Notepad dan masukkan kod di bawah ini di dalam Notepad tersebut dan jangan lupa masukkan IP Address yang anda dapat tadi.

c:\windows\system32\ping IP ADDRESS ANDA -t

Contoh :

c:\windows\system32\ping 192.116.23.144 –t

Langkah 3

Kemudian, Save As file Notepad tersebut sebagai ping.bat dan simpan di Desktop anda. Ingat, jangan simpan di tempat lain, hanya di Desktop sahaja yang dibenarkan

Langkah 4

Klik pada ping.bat di Desktop anda dan satu tetingkap Command Prompt secara automatik akan keluar. Biarkan Command Prompt ini berjalan sepanjang proses anda online. Jika anda terkeluar daripada connection, anda kena ulangi semula seperti Langkah 1 di atas.

Biar Betul:Hujan Ikan!!!!!!!


[VIDEO] Subhanallah! Hujan Ikan Di Honduras Australia

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.

Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia

Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.

Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.

Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

Tengok Video sebenar disini